Saturday, 29 September 2012
SUNYI
im feel so sad,, today he come putrajaya have an event for his job herba life, and he come from penang, so sad because i can't meet him, i love him so much.. hurrr.. today is my sad day, just to know you more and more.. but i must to be a patient person to close with you,, ur to busy and no enough time to me, im always crying because miss you dear...
Monday, 23 January 2012
Kisah Benar Tentang Aurat Seorang Perempuan
Kisah benar: Akibat dedah AURAT di facebook.......
kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...
selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya...
jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....
dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!
*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....
Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...Al-Fatihah
kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...
selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya...
jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....
dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!
*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....
Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...Al-Fatihah
Saturday, 31 December 2011
Simpan-Simpan
Gadis : Kenapa awak ikut saya ni ?
Lelaki : Saya tak tahu.. Awak cantik sangat.. Saya rasa , saya dah cintakan awak,
Gadis : Hmm , awak tak jumpa lagi kawan saya , dia lagi cantik dari saya..
Lelaki : Hmm ?
Gadis : Dia ada di belakang awak...
Lelaki : *pusing* Tak ada siapa pon..
Gadis : Kalau awak betul2 cintakan saya , tak mungkin awak akan pusing !
*cintailah seseorang itu seadanya & bukan kerna paras rupa. :):)
Sangat Mangagumkan
Inilah lumrah kehidupan , kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah .
Kesabaran seseorang sangat penting untuk kita .
Sabar adalah separuh dari iman , iman terbahagi kepada dua syukur dan sabar .
Sabar ada 3 jenis :
Sabar terhadap maksiat dengan tidak mengerjakannya .
Sabar terhadap ketaatan dengan mengerjakannya .
Sabar terhadap musibah , dengan tidak mengeluhkan musibah tersebut kepada Allah .
Credit : khazanah Intelektual ( 2 jalan menuju kebahagiaam dunia and akhirat
Santapan Minda
Seandainya anda berduka, ambillah wudu', tunaikanlah solat sunat dua rakaat, mohon
kepadaNYA dipermudahkan segalanya."
Kekuatan Hati
''Ya Allah,aku memohon limpahan cinta-MU dan cinta orang yang mencintai-MU serta
cinta amal 'perbuatan' yang menghantar diriku kepada cinta-MU.Ya Allah,jadikanlah
kecintaanku kepada-MU melebihi cintaku pada diriku sendiri dan keluargaku,hingga
kepada air dingin yang sejuk.''
Jika kita cintakan manusia,dia akan mati,cintakan harta akan habis atau
hilang,cintakan dunia akan kiamat,tetapi jika cintakan Allah akan kekal selamanya
malah dicintai semula oleh Allah.
Cinta manusia kepada Allah SWT adalah sumber cinta utama.Cinta yang akan
membangkitkan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW.Cinta yang akan
menyuburkan rasa cinta kepada sesama manusia,seluruh makhluk dan apa yang
dicintai oleh sang pemilik cinta sebenar iaitu Allah SWT.Maka dengan kekuatan cinta
itu akan membuatkan kita menurut dengan apa yang Allah suka dan meninggalkan
apa yang Allah tegah.
Sekiranya kita ingin selalu disayangi dan dicintai,sayangi dan cintailah Allah maka
seluruhnya akan menyayangi dan mencintai kita.Benihkan cintamu agar selalu
disayangi Allah SWT.Suburkan bunga-bunga hati demi mengecap cinta ILAHI...
--->Allahuakhbar...ALLAH MAHA BESAR...memujaMU begitu indah :-)
-renungan bersama-
Thursday, 29 December 2011
Berprasangka Baik
Seorang wanita yang
hanya mencari sebuah perkenalan yang ikhlas atau pencarian sahabat yang dapat membantunya mengingatkan pada hari akhirat kelak dan tidak untuk bertujuan berfoya-foya
dan tidak melanggar hukum syarak dalam islam serta berpegang pada maruah diri dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam islam adalah masih dianggap mulia
(lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik,perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik)
Hanya Tuhan Yang Tahu
Baik Buruk Seseorang Itu
Sebagai Hamba Allah yang Hina lagi Kerdil
Selagi masih berpegang pada hukum agama
Insya allah awak,kamu,semua tidak akan tersimpang jalan....
Allah sentiasa ada untuk hambanya yang dalam kesusahan
Ya Allah berikanlah kesabaran kepada hamba-hambamu yang telah banyak melakukan dosa kecil mahupun besar ini...
Amin Ya Rabbal Alamin
Tertanya-Tanya
Dalam Kebingungan
Allah Pasti Ada Rahsia Ujian Untuk Semua Ini
Untuk Kita Memikirkan Sendiri Bgaimana Hendak Menyelesaikannya
Allah Pasti Akan Ada
Untuk Hambanyanya Yang Dalam Ksesusahan Memikirkan Sesuatu
Ingat Akan Allah
Yang Kita Semua Hanya Hambanya Yang Kerdil
Orang-Orang Yang Berada Di Sekeliling Kita
Adalah Orang-Orang Yang Kelak Akan Membantu Kita
Di Saat Kita Kesusahan Kelak Nanti
Bersyukur Atas Nikmat Yang Telah Diberikan
Terima Dengan Hati Yang Ikhlas Dan Redha
(Kesedihan Menyelebungi Hidupku)
Ya Allah Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui
Pengurusan Produksi Teater
Pengurusan Produksi Teater
**Boleh menambah maklumat yang sudah disediakan sekiranya
ada. Lukiskan/Lakarkan carta bagi menerangkan kedudukan setiap ahli dalam
produksi.
Ahli-ahli dalam pengurusan sebuah produksi:
1) Pengurus Produksi
1.1 Setiausaha & Pen. Setiausaha
1.2 Bendahari & Bendahari
1.3 Ahli Jawatankuasa
2) Pengarah Produksi
3) Pengurus Pentas
4) Pereka Bentuk Latar (setting)
5) Pereka Bentuk Cahaya
6) Penata Rias
7) Penata Bunyi / Muzik
8) Pereka Props
9) Pereka Bentuk Kostum / Busana
10) Pengurus Artis / Kebajikan
11) Petugas lokasi (Runner)
12) Petugas Pentas / Krew
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1) Pengurus Produksi (Production Manager)
Pengarah produksi bertanggungjawab memaparkan elemen-elemen
artistik sebuah produksi tetapi tiada produksi mampu dipersembahkan untuk
penonton tanpa komponen teknikal dan ’business’. Oleh itu koordinasi
elemen-elemen itu sangatlah mustahak dan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya
untuk mengkoordinasikannya ialah pengurus. Pengurus bertanggungjawab dalam
aspek-aspek ’business’.Pengurus produksi juga bertanggungjawab untuk membuat
kertas kerja/kertas konsep persembahan untuk dimajukan sebagai ‘proposal’
kepada pihak-pihak tertentu yang memerlukan. Di bawah pengurus produksi
ialah jawatankuasa kerja yang terdiri dari Setiausaha, Bendahari dan Ahli
jawatankuasa. Antara tugasnya ialah:
-mencari wang untuk membiayai produksi
-berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi atau
pembiaya produksi (client)(jika ada)
-mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang
mahu dipentaskan. (jika ada)
-mendapatkan pengarah, pelaku, perekabentuk, petugas pentas
dan lain-lain yang berkaitan dengan produksi.
-menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan (jika perlu)
-menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi
-membuat promosi (jika perlu)
-menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi.
-membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan dokumentasi.
2) Pengarah Produksi
Orang yang bekerja paling rapat dengan pelaku. Pengarah
membangunkan konsep produksi, menjelaskan kepada pelaku-pelaku, membantu pelaku
mewujudkan peranan dan watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan
produksi. Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah produksi yang
melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses kreatif. Merupakan pemimpin
kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi melaksanakan kehendak kesenian yang
menepati ilusi dan kreativiti. Maka itu seorang pengarah harus jelas
terhadap kerja seni yang hendak disempurnakan. Pengarah juga perlu
mempunyai cara komunikasi yang boleh difahami oleh semua yang terlibat dengan
produksinya.
Bertanggungjawab mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam
sesebuah produksi seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk. Tugas-tugas
pengarah ialah:
Skrip:
-Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta
persoalan yang ingin
disampaikan oleh penulis.
-Menentukan gaya pementasan yang hendak
disampaikan
-Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu
dengan syarat mendapat persetujuan daripada penulis asal.
Konsep Persembahan:
-Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan produksi.
-Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki kepada
semua pelaku serta petugas-petugas lain.
-Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang
diketahuinya untuk melaksanakan realiti konsep persembahan.
-Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah
persembahan.
Lakonan/Pelakuan:
-Memahami watak-watak (peranan-peranan) – fizikal,
psikologi, mental
-Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam persembahan.
-Memilih pelaku (dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk
memilih)
-Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat,
pendisiplin serta penggarap pada sebuah persembahan.
-Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku di
pentas.
-Menyediakan jadual latihan.
Teknikal:
-Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum (busana),
tatacahaya, tatarias supaya sesuai dengan konsep yang dipilih.
-Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain
dengan berjumpa dan berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep produksi.
-Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka mesti
menyediakan perkara tersebut.
-Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa
ke semasa untuk meninjau perkembangan setiap seksyen.
3) Pengurus Pentas (Stage Manager)
Pengurusan pentas bermaksud pengendalian sekumpulan tenaga
kerja bagi menjayakan sesebuah produksi. Mereka adalah saluran penghubung
antara tenaga produksi dengan pihak pentadbiran dan bertanggungjawab
melaksanakan apa yang telah dirancang supaya berjalan lancar.
Peneraju pada hari persembahan ialah pengurus pentas.Segala
tugas pentas seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan make up,
keluar masuk pelaku serta propsyang digunakan pada hari pementasan adalah
bawah pengawasannya.
PERLAKSANAAN
Pengurusan seni persembahan/pentas penting berdasarkan kefahaman
berkenaan dengan pentas dan pentadbiran mengikut organisasi yang menganjurkan
pementasan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu disediakan:
Tenaga Kerja Pengurusan Pentas
Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga
produksi seperti penerbit, pengurus produksi, pengarah teknikal, pengurus
pentas, pengurus props, set, lampu, kostum, bunyi, muzik dan para pereka cipta.
Persediaan dan Persiapan Pengurusan Pentas
i. Menubuhkan satu pasukan tenaga kerja
ii. Merancang pementasan
iii. Persiapan pementasan
Persiapan Latihan Pementasan
i. Menentukan masa latihan
ii. Memahami Skrip
iii. Props dan peralatan
iv. Set dan kostum
v. Tempat latihan
vi. Keperluan semasa latihan
vii. Persiapan tempat latihan
viii. Mengenal pasti ruang lakon
ix. Menentukan garis panduan set
Semasa Latihan Pementasan
ii. Pengenalan ruang latihan dan tenaga produksi
iii. Tugas harian
iv. Pengendalian ruang latihan
v. Catatan latihan
vi. Jadual latihan
vii. Pembisik skrip
viii. “Blocking techniques”
ix. Naskah
Tugas Di Luar Ruang Latihan
I Pengurusan produksi
ii. Belanjawan produksi
iii. Mesyuarat produksi
iv. Penjadualan produksi
Ke Arah Pementasan
I Latihan langsung
ii. Senarai lengkap keperluan
iii. Pelan lantai
iv. Pemindahan lokasi
v. Pengangkutan
Mengenal Pentas
I Bekalan pentas sedia ada
ii. Alat-alat Bantu Penanda (MASKING)
iii. Peralatan asas pertukangan
iv. Kemudahan-kemudahan pentas sedia ada
v. Aspek teknikal pentas
vi. Kesihatan dan keselamatan atas pentas
Mingggu Pementasan
I Masuk ke ruang pementasan sebenar
ii. Penyesuaian dan penetapan ruang pementasan
iii. Pembinaan set / Penentuan props
iv. Pertukaran babak / Penataan cahaya/Kesan bunyi
v. Raptai kostum / Latihan teknikal
vi. Tentu ruang pembisik skrip
vii. Senarai semak
viii. Hormat tamat (Curtain Calls)
ix. Semasa persembahan
Selesai Pementasan
i. Pemulangan barang/Kebersihan pentas
ii. Penstoran barang
iii. Post mortem/Laporan
4) Pereka Bentuk Latar (Setting Designer)
Bertanggungjawab untuk mereka cipta bentuk latar pentas sama
ada ringkas atau kompleks dan setiap latar mempunyai reka bentuknya. Susun
atur set, tinggi dan rendahnya, tanpa atau berset adalah dari sudut pandangan
pereka bentuk latar. Bersifat latar hias yang menggambarkan tempat, masa
dan status, sama ada di luar atau di dalam dewan, set perlu disediakan sebelum
pementasan bermula. Terdapat pelbagai jenis dan rupa set bergantung pada
kehendak pementasan dan citarasa perekanya. Pereka Bentuk Latar perlu
mengetahui tentang set dari peringkat ilusi membawa ke realiti.
Keperluan – keperluan tertentu di dalam hiasan latar:
-Elemen hiasan latar mestilah berfungsi dan bukan hanya
menjadi ”tempelan” semata-mata.
-Set harus kukuh dan mudah pindah.
-Kehadirannya harus jelas dilihat supaya ilusi tidak
terjejas.
-Set harus ringan, terbentuk di dalam unit-unit (adjustable).
-Hiasan yang dibentuk dapat digunakan berkali-kali.
-Tidak membahayakan pelaku dan pekerja dengan melihat pada
ciri-ciri keselamatan
yang sempurna.
Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi.Bertanggungjawab
dengan kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari masa ke semasa.
5) Pereka Bentuk Cahaya (Lighting Designer)
Penataan cahaya pentas bermaksud bentuk-bentuk iluminasi di
pentas. Pereka bentuk cahaya memutuskan setiap ruang cahaya: warna,
adunan, bilangan lampu, intensiti dan kebenderangan lampu, sudut di mana cahaya
menyinari pelakon dan jangka waktu yang diperlukan untuk diterangkan,
digelapkan atau disuramkan. Terang atau gelap bermaksud kesan terhadap
sesuatu yang digambarkan berdasarkan emosi atau zaman. Dalam hal ini
cahaya perlu direka atau ditatakan. Tugas ini diterajui oleh seorang
pereka cahaya dan dibantu oleh satu kumpulan kerja yang dapat mencapai maksud.
Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi dan bertanggungjawab
dengan kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari semasa ke semasa.
6) Pereka Bentuk Kostum / Busana (Costume Designer)
Reka bentuk kostum bermaksud apa-apa sahaja bentuk pakaian
yang dipakai oleh pelaku di atas pentas. Pereka bentuk kostum bertugas mencipta
atau menentukan apakah kostum dan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi
sesebuah produksi dengan menitikberatkan konsep yang telah ditetapkan. Pemilihan
warna hendaklah diselaraskan dengan latar/set dan pencahayaan agar tidak
bercanggah dengan kemahuan pementasan/persembahan.Pemilihan pakaian juga
hendaklah memberi keselesaan kepada para pelaku (si pemakai). Pengurusannya
memerlukan penelitian dan perapian kerana melibatkan urusan bahan seni dan
kreatif. Selain itu, pengendali terhadap mesin dan teknikal juga perlu
dititikberatkan.
7) Penata Rias (Make-Up)
Menentukan apakah bentuk make-up yang sesuai
dipakai oleh setiap pelaku. Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan
watak dan pencahayaan agar tidak ditenggelami oleh latar dan cahaya lampu.
Tatarias juga hendaklah bersesuaian dengan kostum yang digunakan dan perlulah
berbeza dengan setiap konsep persembahan dan watak yang dibawa oleh pelaku
dalam persembahan.Tatarias yang tidak sesuai dari segi pencampuran warna akan
mencacatkan watak dan perwatakan sekali gus keseluruhan ‘mood’ persembahan.
8) Penata Bunyi (Audio) / Muzik
Mencipta dan menentukan apakah bentuk kesan bunyi yang
digunakan dalam persembahan. Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian
dengan konsep serta kemahuan pengarah persembahan.
9) Pereka dan Pengurusan Props
Props adalah barang atau peralatan yang
dibawa/digunakan oleh pelaku. Pereka props bertugas menyediakan props yang
akan digunakan oleh setiap pelaku seperti yang dikehendaki oleh pengarah dan
watak dalam persembahan. Props hendaklah berfungsi untuk
memperkukuhkan penjelasan perwatakan. Props boleh menjadi sesuatu
yang asing jika pembuatannya adalah di luar kebiasaan. Props juga
membantu pelakon mendapatkan mood berlakon dan sekali gus memberi“business”
kepada aksinya.
PERLAKSANAAN
Kepentingan Pengurusan Props
Menyentuh kefahaman mengenai keperluan dan kepentingan prop.
Tenaga Kerja Pengurusan Props
Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga
yang menguruskan props seperti props master, props designer,
props man, props crew dan props supplies.
Pengurusan Props
I Menubuhkan satu pasukan tenagakerja
ii Menentukan bengkel dan kategori props
Iii Pengendalian props berdasarkan jenis seperti set props,
trim props, set dressing,
hand props, personal props
Persiapan Props Untuk Pementasan
I Memahami Skrip
ii. Menentukan props mengikut skrip
iii. Merancang penggunaan props yang
berkaitan
iv. Menyediakan props
v. Props, set, kostum dan pencahayaan
Semasa Latihan Pementasan
I Keperluan props percubaan
ii. Pengendalian props diruang latihan
Ke Arah Pementasan
I Latihan langsung mengendalikan props
ii. Senarai lengkap keperluan props
iii. Plan lantai
iv. Pemindahan lokasi
v. Pengangkutan props
Prop dan Pementasan
I Masuk ke ruang pementasan sebenar
ii. Penyesuaian dan penetapan ruang prop
iii. Raptai Props
iv. Latihan Teknikal
v. Senarai Semak
vi. Sessi Fotografi
vii. Malam pembukaan
viii. Semasa persembahan
ix. Sistem ganti (understudies)
x. Keselamatan props
xi. Malam akhir
Selesai Pementasan
I Malam akhir
ii. Pemulangan barang
iii. Kebersihan props
iv. Penstoran props
v. Post Mortem
vi. Laporan
10) Pengurus Artis
Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelaku serta
ahli produksi yang terlibat berada di tempat latihan pada masa yang telah
ditetapkan. Sekiranya pelaku tidak tepat pada masanya, pengurus artis akan
bertugas untuk mendapatkan (mencari) pelaku tersebut untuk berada di tempat
yang sepatutnya. Pengurus artis bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada
pengarah sama ada semua pelaku dalam produksi sudah sampai ataupun belum di
lokasi supaya dapat latihan dimulakan.Pengurus artis WAJIB menyimpan nombor
perhubungan dan data semua ahli produksi seperti alamat (jika diperlukan).
11) Petugas Lokasi (Runner)
Bertugas untuk memastikan semua bekalan yang diperlukan
berada dan ada pada masa yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua produksi. Sekiranya
tidak, maka tugas runner untuk pergi mendapatkannya.
12) Petugas Pentas / Krew
Mereka ialah petugas-petugas am yang bertugas untuk membantu
dalam kerja-kerja produksi persembahan bawah arahan pengurus pentas. Krew
bertangungjawab dalam hal-hal kekemasan di atas pentas terutamanya dalam
membantu bahagian-bahagian seperti setting, penyediaan props, pencahayaan,
tatabusana, tatarias, dan seterusnya yang melibatkan kerja-kerja pementasan.
Wednesday, 28 December 2011
Ku Mohon
Allah Sentiasa Ada Untuk Hambanya Yang Lagi Dalam Kesusahan
Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui
Baik Buruk Seseorang Itu
Berbanyakkan Menimba Ilmu
Agar Menjadi Bekal Di Masa Akan Datang
Penyeri Muka
Untuk Wanita
Diamalkan Dari Turun Temurun
Jika Hendak Muka Yang Berseri
Apabila Bangun Subuh
Cuci Muka Dengan Air Yang Ada Tertadah Di Timba
Orang Yang Berjaya
Mengikut Pengalaman Orang Yang Bijak Pandai
Apabila Beliau Pulang Sahaja Dari Menimba Ilmu
Beliau Memperuntukkan Masanya Sejam
Untuk Menelaah Semula Apa Yang Telah Dipelajari
Lelaki Yang Baik
Lelaki Yang Baik Adalah Lelaki
Yang Memperuntukkan Masanya Dengan Solat Subuh Secara Berjemaah
Tanggungjawab Seorang Lelaki Adalah Sebagai Pemimpin
Seperti Rasullullah S.A.W
Dunia Hanya Pinjaman
Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Langit Dijunjung
Jika Allah Berkehendak Untuk Kita
Apa Sahaja Boleh Terjadi
Allah Tidak Akan Menguji Hambanya Lebih Dari Kemampuan Hambanya
Bersyukur Pendorong Semangat
Ubat Hati Dengan Zikrullah
Tuesday, 27 December 2011
Hati
Kelembutan hati seseorang itu terbina apabila dia sentiasa mengingati Allah
Kesabaran seseorang itu sering terjaga apabila inya dihiasi dengan sering melakukan amalan kebaikan
Ku hanya insan yang hina dan dina serta kerdil
Petunjuk penyelesaian masalah adalah dengan menunaikan tanggungjawab serta iringan doa
Bertawakal selepas berusaha
Sentiasa memikirkan orang lain adalah baik dan pandai
Sering ada rasa ingin membantu orang lain
Kehidupan bagaikan roda adakala kita di atas ada kala kita di bawah
Rasa syukur ku tidak terhingga
Hikmah
Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik
Manakala perempuan yang baik pula adalah untuk lelaki yang baik
Lumrah Hidup
Kesabaran Mengajar Kita Erti Kehidupan
Ketabahan Sentiasa Membuat Kita Hendak Rasa Untuk Lebih Bezikir
Kemampuan Setiap Orang Adalah Terbatas
Berbanding Dengan Yang Maha Kuasa
Hiasilah Hidup Kita Dengan Amalan Kebaikan
Semangat Dan Azam Baru
Ku Sentiasa Setia Pada Allah yang satu
Nyawa ku Ini adalah Pinjaman Semata-Mata
Azam Ku Adalah Menjadi Seorang Yang Lebih Baik
Semangat Mendorong Ku Untuk Berjaya
Subscribe to:
Posts (Atom)
